Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - 15 Jun 2023

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) seperti yang dinyatakan di bawah ini:-



Jawatan:


1. TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)


1. Jawatan : Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

2. Gred : Gred Utama B (VU6)

3. Jadual Gaji (Min-Maks) : RM 8,315.00 – RM 22,445.00

4. Taraf Lantikan : Tukar Sementara / Pinjaman / Kontrak

5. Tempoh Lantikan : Tiga     (3)    Tahun    (Tertakluk    kepada     keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi)

6. Kelayakan : Berkebolehan memimpin dan mengurus pentadbiran berkaitan hal ehwal akademik dan antarabangsa

7. Kriteria Umum: Kriteria umum berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Naib Canselor IPTA adalah seperti berikut:


7.1 Kecemerlangan Akademik

Penyandang mestilah mempunyai kelayakan PhD, mendapat command of respect dari kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional.


7.2 Pengiktirafan Antarabangsa

Penyandang mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada organisasi terkemuka luar negara.


7.3 Kebolehan Memimpin dan Mengurus

Penyandang mestilah mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Ditambah dengan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap. Pengalaman dan rekod cemerlang pimpinan akademik merupakan antara ciri utama dalam menentukan kebolehmampuan calon.


7.4 Reputasi

Menjadi ‘role model’ kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjung baik serta dihormati oleh masyarakat kampus dan luar.


7.5 Personaliti

Penyandang mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan universiti. Calon juga mestilah memahami aspirasi negara untuk membangunkan modal insan bermentalilti kelas pertama.


8. Kriteria Khusus:

Kriteria khusus berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) adalah seperti berikut:


8.1. Mempunyai Ph.D dan Kelayakan Profesional

Penyandang perlu mempamerkan kewibawaan khususnya kelayakan akademik tertinggi Ph.D kerana penyandang akan bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilih Guru di peringkat Universiti, selain mempunyai kelayakan profesional yang sesuai bagi melancarkan pelaksanaan proses akreditasi sebagai salah satu bidang tugas utama seorang TNC (A&A).


8.2 Berpengalaman Dalam Pembentukan Kurikulum (Curriculum Design)

Penyandang bertanggungjawab dalam agenda kritikal Pengajaran dan Pembelajaran dan mestilah mahir mengendalikan kurikulum yang seimbang dan bersepadu. Penyandang juga merupakan sekretariat dan pihak berwajib kepada Senat yang diberi kuasa yang lebih dalam AUKU bagi tujuan rekabentuk kurikulum Universiti.


8.3 Pakar Pengajaran dan Pembelajaran

Penyandang haruslah mempamerkan kewibawaan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran (Teaching & Learning). Penyandang perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aspek-aspek berikut iaitu Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL), Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), Pendekatan Berasaskan Projek Berorientasikan Masalah (POPBL), Pembelajaran Sepanjang Hayat (LL), Penaksiran dan Outcome Based Education.


8.4 Kecemerlangan Penyelidikan dan Penerbitan

Penyandang mestilah mempunyai rekod yang cemerlang dalam hasil penyelidikan dan penerbitan serta telah dilantik sebagai Profesor. Ini kerana sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Guru, penyandang bertanggungjawab menentukan tanda aras calon Profesor Madya. Oleh itu, penyandang hendaklah cemerlang dalam penyelidikan, telah menerbitkan artikel dalam jurnal berwasit, berimpak tinggi serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.


8.5 Pengalaman Sebagai Penyelia Yang Berjaya

Penyandang perlu mempunyai rekod cemerlang dalam penyeliaan pasca-siswazah (Sarjana & Ph.D) dengan jayanya. Ini kerana TNC (A&A) bertanggungjawab dalam mempengerusikan Jawatankuasa Senat bagi Pengajian Siswazah dan menjadi penimbang tara bagi isu-isu akademik pengajian siswazah.


8.6 Hal Ehwal Antarabangsa

Penyandang akan ditugaskan untuk mempromosikan program akademik dan mobiliti pelajar di peringkat antarabangsa. Oleh itu, pengalaman dan kebolehlihatan di peringkat antarabangsa perlu dimiliki oleh penyandang. Calon harus mempunyai hubungan yang luas dan repustasi yang baik di peringkat serantau dan antarabangsa.


9. Cara Memohon:

Permohonan bagi jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Gred VU6 hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

i. Surat permohonan dengan sokongan Ketua Jabatan

ii. Curriculum Vitae (CV) Kepimpinan;

-  CV Kepimpinan boleh dimuat turun melalui laman web www.uthm.edu.my

iii. CV lengkap yang merangkumi latar belakang peribadi, latar belakang pendidikan dan kerjaya, anugerah dan hadiah yang diterima, sumbangan-sumbangan besar kepada pembangunan Universiti dan Negara

iv. Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM, dan

v. Dokumen-dokumen sokongan

10. Proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka di mana calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sahaja yang akan disaring untuk disenarai pendek dan dipanggil temuduga.


11. Syarat Kelayakan:

 Tawaran ini adalah tertakluk kepada calon-calon yang memenuhi syarat-syarat berikut:

11.1 Keutamaan akan diberikan kepada calon yang telah menjalani Program Penilaian Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi yang dikendalikan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

11.2 Calon telah menjalani penilaian bakat yang dijalankan di peringkat Universiti masing- masing. Sila kemukakan dokumen profailing atau sebarang dokumen sokongan yang berkaitan.

11.3 Menjalani Tapisan Keselamatan Kasar Dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

11.4 Menjalani tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

11.5 Menjalani tapisan Integriti dan Aduan di peringkat Universiti masing-masing

12. Sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Puan Shereen Sabrina binti Abd. Shukor
Pengarah
Bahagian Pengurusan Organisasi
Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

No. Telefon : 07-453 7125
E-mel : shereen@uthm.edu.my


13. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

PENDAFTAR
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu Pahat
Johor Darul Ta’zim

No. Telefon : 07-4537100 / 07-4537103
No. Faks : 07-4536337


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Jun 2023 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM-MEHkerja-2023

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Penubuhan UTHM

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’  Sri Najib Tun Abdul Razak.




Previous Post Next Post