Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 29 Mei 2023

Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagaimana di bawah :



Jawatan:


1. PENOLONG AKAUNTAN (W29)

Kumpulan Pelaksana
Taraf Jawatan Kontrak / Tetap
Kekosongan Satu (1)
Jadual Gaji Gaji Minimum RM1,493.00 - RM5,672.00
Kemudahan Elaun  Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Bantuan Sara
Hidup.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja berkaitan perolehan, pembayaran, pengurusan hasil, penjanaan dan penyediaan laporan kewangan.


Syarat Lantikan:

Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;

2, Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Menmiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

4. Diploma dalam bidang pengajian periagaan, kewangan, perbankan, perakaunan, pengurusan harta tanah atau pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,851.28)

Keutamaan adalah diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan kewangan sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman.


Cara Memohon:

1. Calon boleh membuat permohonan dengan menghantar salinan lembut (softcopy) dokumen ke alamat e-mel pusatislam@ukm.edu.my

2. Berikut adalah dokumen yang perlu dilampirkan untuk permohonan jawatan:

i. Resume lengkap;
ii. Salinan Sijil SPM;
iii. Sijil kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses;

4. Calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri ujian dan temu duga;

5. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mei 2023 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Tentang UKM

Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.

Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.




Previous Post Next Post