Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) - 1 Jun 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS)



Jawatan:


1. JURUTERA J41


Jawatan : Jurutera
Gred : J41
Fungsi Utama : Elektrik
Gaji Dan Elaun (Min) : RM 2,529.00 - RM 9,643.00 (Maks)
Taraf Jawatan Kontrak:
Tempoh Lantikan Dua (2) Tahun
[tertakluk Kepada Keputusan Lembaga Pengelola Universiti]
Tempoh Percubaan : Enam (6) Hingga Dua Puluh Empat (24) Bulan


Syarat Permohonan:

a. Warganegara Malaysia

b. Berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.

c. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d. Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia

e. Calon juga hendaklah memiliki Kepujian ( sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh Tutup Permohonan : 01 Jun 2023 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah UniSHAMS MEHkerja-2023

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah Penubuhan

Idea penubuhan INSANIAH ini tercetus apabila dua orang Pegawai Tinggi kerajaan negeri, pada tahun 1993 iaitu Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Tuan Hj. Sukri Hashim, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YIK) telah mengadakan lawatan ke Kaherah Mesir, untuk meninjau pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan meneliti kebajikan mereka. Bermula dari sini, timbul cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri, mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Kedah Darul Aman.

Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Hj. Osman Hj. Arof telah mengarahkan agar dibuat satu kertas kerja yang berkonsepkan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam di negeri Kedah yang melaksanakan satu program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengadakan lawatan kerja bagi membuat perundingan awal ke Universiti Al-Azhar pada 26 hingga 31 Mac 1994.
Previous Post Next Post