HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Amanah Rakyat (MARA) - 7 Julai 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia. Permohonan adalah daripada rakyat yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-



Jawatan:


1. AKAUNTAN (GRED WA41)
Gaji Minimum : RM 2,820.00 - Gaji Maksimum : RM 9,585.00


2. JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT19)
Gaji Minimum : RM 1,377.00 - Gaji Maksimum : RM 4,052.00


Cara Memohon:


i. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.


ii. Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja seperti berikut :


a. Portal rasmi MARA: www.mara.gov.my; atau


b. Facebook : https://www.facebook.com/MajlisAmanahRakyat; atau


c. Instagram : https://www.instagram.com/majlisamanahrakyat; atau


d. Twitter : https://twitter.com/maragov.


@ melalui link yang admin sediakan di bawah


iii. Hanya permohonan dibuat secara dalam talian/online melalui pautan/link yang sah sahaja akan diterima. Permohonan lewat atau tidak mematuhi syarat yang dinyatakan akan ditolak.


iv. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.


v. Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah sarjana muda boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.


vi Pemohon yang melepasi saringan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.


vii. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.


viii. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 7 Julai 2023.


PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA
TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA
21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR


Tarikh tutup permohonan : 07 Julai 2023 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Majlis Amanah Rakyat MARA MEHkerja

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Pengenalan

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.




Previous Post Next Post