1. PENGAWAS HUTAN GRED G19
20 Kekosongan
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.
0 Comments