1. EKSEKUTIF HAL EHWAL ISLAM
Sebagai Eksekutif Hal Ehwal Islam, anda bertanggungjawab melaksana dan menyelesaikan gerak kerja program/aktiviti berpandukan nilai teras TH ke arah melahirkan profesional mukmin di kalangan Anggota TH. Anda perlu memastikan segala prosedur dan proses gerak kerja melibatkan urusan Kewangan dan Pentadbiran dipatuhi untuk mencapai kepuasan pelanggan.
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam/Pengurusan/ Pengajian Al-Quran Wal Qiraat/ Pengajian Islam Dalam Dan Luar Negara atau setaraf.
Minimum 3 tahun pengalaman dalam pengurusan Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Masjid.
Menguasaiilmu pengajian Al Quran dan Fardhu Ain.
Berpengalaman mengendalikan aktiviti serta program berbentuk kerohanian dan ilmiah.
Boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dengan baik.
Mahir menggunakan Microsoft Office seperti Excel dan PowerPoint.
2. KERANI HAL EHWAL ISLAM
Sebagai Kerani Hal Ehwal Islam, anda bertanggungjawab membantu dan mengemaskini segala urusan Pentadbiran. Anda juga terlibat secara langsung dalam melaksanakan dan memastikan setiap aktiviti yang dirancang berjalan lancar dengan Pengurusan Kewangan yang optimum berpandukan prinsip profesional mukmin dalam Nilai Teras TH.
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau setaraf.
Minimum 3-5 tahun pengalaman dalam menjadi imam dan bilal.
Menguasai ilmu penggjian Al Quran dan Fardhu Ain. Berpengalaman dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam.
Berpengalaman dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam.
Pengucapan awam dan alunan sudra azan yang baik.
Boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu dengan baik. Kebolehan Berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris adalah satu kelebihan.
Mahir menggunakan Microsoft Office seperti Excel dan PowerPoint.
0 Comments