HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Tenaga Nasional Berhad (TNB) - 16 Julai 2023

Pemohon dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengisi kekosongan jawatan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai :-

Jawatan:


1. PROGRAM PROTEGE READY TO WORK TNB FASA 8 2023/24



Apa itu PROTÉGÉ-RTW?


Program PROTÉGÉ - Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW) yang dahulunya dikenali sebagai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan bagi graduan muda menganggur, di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Antara instrumen penting di bawah program PROTÉGÉ-RTW adalah untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur bagi mendapatkan peluang pekerjaan

Program ini melibatkan latihan bermodul di TNB Integrated Learning Solution (TNB ILSAS), latihan penempatan dan bimbingan bersama TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang mengambil bahagian bagi tempoh 8 bulan. 
 

Struktur Latihan 

Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW adalah 8 bulan dan terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:

a) Soft-skills Training

b) On-the-Job Training (penempatan di TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik yang turut serta)


Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia

Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan lain- lain bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia dan selari dengan keperluan bisnes TNB/ Anak Syarikat/ pemain industri bekalan elektrik.

SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.

Had umur tidak melebihi 27 tahun.

Graduan ijazah dari dalam dan luar negara  yang masih belum mendapat  pekerjaan dan keutamaan diberikan kepada graduan yang telah menganggur melebihi 6 bulan dari tarikh graduasi.

Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).

Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB/ Anak Syarikat TNB/ pemain industri bekalan elektrik.

Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).

Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama TNB/ Anak Syarikat sebelum ini. 

 
Faedah Penyertaan

Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.

Kelayakan Cuti  Tahunan

Potongan PERKESO & EiS

Bayaran balik rawatan perubatan
 

Komitmen Pelatih

TNB berhasrat untuk memberikan latihan berkualiti kepada semua peserta PROTEGE-RTW Fasa 8 agar kebolehpasaran para peserta dapat ditingkatkan sebaiknya. TNB juga amat menggalakkan para pelatih PROTEGE-RTW Fasa 8 agar menjadikan Industri Bekalan Elektrik Malaysia sebagai industri utama dalam pemilihan majikan untuk bekerja setelah tamat program. Oleh yang demikian, para pelatih adalah diminta untuk menyempurnakan program latihan sehingga lengkap 8 bulan, melainkan telah menerima tawaran kerja tetap yang setara dengan tahap pendidikan.


Tarikh tutup permohonan : 16 Julai 2023 (Ahad)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2023 di Tenaga Nasional Berhad

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Company Overview

Powering the nation for over a decade, Tenaga Nasional Berhad (TNB) is the largest electricity utility in Malaysia and a leading utility company in Asia with estimated RM110.7 billion worth of assets. Committed to providing service excellence, our Company is listed on the main board of Bursa Malaysia and employs approximately 33,500 staff to serve a customer base of over 8.3 million in Peninsular Malaysia, Sabah & Labuan. Today, TNB continues to lead the effort in fostering economic growth & social development in the country.




Previous Post Next Post