Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor - 1 Oktober 2023
Permohonan adalah dipelawa kepada pemohon atau ibu/bapa yang lahir di Negeri Selangor dan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan perkhidmatan kontrak berikut :
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ( SPN Selangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Bab 10 Fasal 97(9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tanggungjawab Suruhanjaya, sepertimana diperuntukan dibawah Bab 10 Fasal XCVII (9) Undang – Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah seperti berikut :-
“ Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan-peruntukan bahagian ini, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan yang diliputi bidang kuasanya.”