HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) - 5 Oktober 2023

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS)



Jawatan:


1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41


Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Jawatan : Pegawai Undang-Undang

Gred Jawatan : L41

Klasifikasi Perkhidmatan : Perundangan dan Kehakiman (L)

Skala Gaji Minimum : RM 2,418.00 Maksimum : RM 9,607.00

Tempoh Lantikan : Dua (2) Tahun

Taraf Lantikan : Kontrak (Contract of Services)


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Oktober 2023 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah UniSHAMS MEHkerja-2023

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah Penubuhan

Idea penubuhan INSANIAH ini tercetus apabila dua orang Pegawai Tinggi kerajaan negeri, pada tahun 1993 iaitu Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Tuan Hj. Sukri Hashim, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YIK) telah mengadakan lawatan ke Kaherah Mesir, untuk meninjau pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan meneliti kebajikan mereka. Bermula dari sini, timbul cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri, mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Kedah Darul Aman.

Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Hj. Osman Hj. Arof telah mengarahkan agar dibuat satu kertas kerja yang berkonsepkan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam di negeri Kedah yang melaksanakan satu program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengadakan lawatan kerja bagi membuat perundingan awal ke Universiti Al-Azhar pada 26 hingga 31 Mac 1994.
Previous Post Next Post