Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) - 2 November 2023
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
PERHEBAT tertakluk kepada Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bil. 5/2005 yang memperuntukkan tanggungjawab bagi mengurus pelaksanaan Latihan Peralihan kepada personel ATM yang akan bersara. Program Latihan Peralihan merupakan satu program khas yang disediakan oleh Kerajaan kepada anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan agar mereka memperolehi suatu kemahiran dan pengalaman supaya dapat menyesuaikan diri dengan corak penghidupan baru selepas tamat perkhidmatan.