HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Wakaf Selangor - 3 November 2023

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon anak kelahiran Negeri Selangor atau yang telah bermastautin di Negeri Selangor sehingga kini sekurang-kurangnya 5 tahun dan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan perjawatan seperti di bawah.



Jawatan:-


1. PENOLONG EKSEKUTIF (AKAUN) 29


Jadual Gaji:

Gaji Minimum RM 1,498.00 - Gaji Maksimum RM 5,678.00

Nota: Jadual gaji ini belum termasuk elaun tetap seperti Elaun Khidmat Awam, Elaun Tetap Perumahan & Elaun Sara Hidup (COLA).


Penempatan : Unit Akaun, Bahagian Kewangan


Kelayakan:

i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma dalam Pengajian Perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

ii) Kepujian Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

i) Bertanggungjawab dalam penyediaan Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation). Membantu
dalam mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsifungsi perakaunan dan kewangan PWS, membantu melaksanakan analisis laporan kewangan serta fungsi tatacara kewangan agensi serta membantu penyediaan Penyata Kewangan Perbadanan; dan


Tarikh tutup permohonan : 03 November 2023 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2023 di Perbadanan Wakaf Selangor

Info

Tanggal 30 Oktober 2009, DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya pihak MAIS menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) agar pengurusan wakaf dapat diperkasakan seperti pengurusan zakat;

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS Bil. 1/2010 yang bersidang pada 8 Februari 2010 telah memutuskan untuk mewujudkan PWS selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;

Previous Post Next Post