Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negara
Jawatan:
1. PEMBANTU AWAM
Syarat Lantikan:
a) Calon berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
b) Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DENGAN Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.
c) Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
d) Gaji Pukal : Minimum RM 1,800.00
Cara Memohon:
1. Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:-
(i) Salinan sijil akademik PMR/PT3/SRP;
(ii) Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;
(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
(iv) Salinan Kad Pengenalan.
2. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.
Alamat Dan Tarikh Tutup Permohonan:
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2024 (Rabu) melalui emel :- recruitment@nsc.gov.my
Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2024 (Rabu)
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Follow Sosial Media Kami : Klik Sini
Sejarah MSN
Majlis Sukan Negara ditubuhkan dibawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara Pindaan (1979). Pelancaran secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.