Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak - 22 Februari 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak.




Jawatan:-


1. PENOLONG PEGAWAI TANAH (NT29)


Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM 1,493.00

Gaji Maksimum : RM 5,672.00

Kadar Kenaikan Tahunan : RM 145.00

Jabatan : Pentabiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Kumpulan : Pelaksana

Klasifikasi : Pentadbiran dan Sokongan


Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-


(a) Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan kewarganegaraan Malaysia;


(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


(c) (i) sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00) ; atau


(ii) diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15); dan


Tarikh Tutup : 22 Februari 2024 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak

Follow Sosial Media Kami : Klik Sini

Sejarah Pentadbiran

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ditubuhkan pada tahun 1948 melalui Perjanjian Perak di antara Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah dengan Sir Gerard Edward J. Gent pada 21 Januari 1948. Melalui perjanjian ini, satu undang-undang perlembagaan Perak telah dibentuk pada 1 Februari 1948. Perlembagaan ini menggariskan hak-hak dan kuasa Sultan serta memperuntukkan satu pentadbiran Kerajaan yang terdiri daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri sebagai badan yang bertanggungjawab untuk membantu dan menasihati Sultan di dalam menjalankan tugasnya.




Previous Post Next Post