Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan mempelawa Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut;
Jawatan:
1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
2. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29
3. PENOLONG JURUAUDIT GRED W29
4. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E19
5. PEMBANTU JURUAUDIT GRED W19
6. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
7. PEMBANTU AWAM GRED H11
9. PEMBANTU OPERASI GRED H11
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Follow Sosial Media Kami : Klik Sini
Latar Belakang
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).
Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.
Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.
Nama Jabatan Kemajuan Kerjasama telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dalam akhir tahun tujuh puluhan. Enakmen Tahun 1922 itu telah dimansuh dan digantikan dengan Akta Koperasi 1948 (Disemak 1983).