Jawatan Kosong di Koperasi Tenaga Nasional Berhad [9 Oktober 2026]
Jawatan Kosong Terkini 2026 di Koperasi Tenaga Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Tenaga Nasional Berhad:
Mengenai Agensi
Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Koperasi TNB) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1951, dengan matlamat awal untuk menggalakkan semangat kerjasama, berdikari dan amalan berjimat cermat serta menabung dikalangan anggota koperasi yang terdiri daripada staf Tenaga Nasional Berhad. Sejak itu Koperasi TNB telah berkembang menjadi sebuah koperasi yang unggul dalam memfokuskan kepada kecemerlangan dan perkhidmatan perniagaan.
Sumber: Laman rasmi agensi
Jawatan yang ditawarkan:
- PEMBANTU SOKONGAN PENGURUSAN RISIKO
Skop Kerja:
• Membantu pelaksanaan aktiviti Pengurusan Risiko harian termasuk pengumpulan, penyelenggaraan dan pengemaskinian rekod risiko organisasi.
• Menyelaras dan mengemaskini Daftar Risiko (Risk Register) termasuk risiko operasi, kewangan, pematuhan dan strategik mengikut garis panduan yang ditetapkan.
• Menyediakan sokongan pentadbiran bagi proses penilaian risiko, pemantauan mitigasi dan semakan berkala risiko.
• Membantu penyediaan laporan risiko berkala untuk rujukan Ketua Unit dan pihak pengurusan.
• Mengurus dokumentasi berkaitan risiko termasuk polisi, SOP, laporan audit, pelan mitigasi dan minit mesyuarat risiko.
• Membantu membuat susulan (follow-up) tindakan mitigasi risiko dengan ketua-ketua unit/jabatan.
• Menyelaras komunikasi berkaitan risiko antara Unit Pengurusan Risiko dengan jabatan lain.
• Membantu penyediaan bahan sokongan seperti slaid pembentangan, bahan latihan kesedaran risiko, poster dan edaran dalaman.
Syarat Kelayakan:
• Minimum SPM / Sijil dalam bidang berkaitan (Pentadbiran, Pengurusan Risiko, atau setara
• Berpengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam pengurusan risiko (diutamakan).
• Berkemahiran menggunakan aplikasi komputer yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
• Mempunyai kemahiran komunikasi, daya kreatif yang baik dalam mengurus pentadbiran risiko.
• Berumur 35 tahun kebawah
Cara Memohon:
Calon- calon yang berminat dipelawa untuk mengemukakan surat permohonan berserta dokumen di bawah :
• Resume
• Salinan sijil-sijil akademik/transkrip
• Salinan kad pengenalan
• Gambar berukuran passport
Cara mohon:
Hantar CV Anda Ke E-mel Kami : hr@ktnb.com.my
Tarikh Tutup Permohonan: 9 Oktober 2026
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui pautan rasmi di bawah.
