Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Segamat [13 April 2022]

Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia
yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Perbandaran Segamat seperti berikut :-



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29


2. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19


3. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh tutup permohonan : 13 April 2022 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2022 di Majlis Perbandaran Segamat
Join Channel Telegram - Meh Kerja
Latar Belakang

Majlis Perbandaran Segamat (MPS) adalah salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan dalam Negeri Johor berautonomi sendiri dengan keluasan kawasan pentadbiran seluas 265.53 km persegi (66,275 ekar) berdasarkan kepada kelulusan Kerajaan Negeri No. PW. 1956 JPU 44 31/8/89. Bilangan penduduk yang dicatatkan adalah seramai 189,920 orang berdasarkan Laporan Taburan Penduduk Mengikut Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan Mukim, 2010 oleh Jabatan Perangkaan Negara.

Kawasan operasi MPS berkeluasan 148.20 kilometer persegi dengan 70.10 kilometer persegi adalah di Bandar Segamat manakala 78.10 kilometer persegi adalah di kawasan pusat-pusat kecil.  Kawasan kawalan MPS pula iaitu kawasan yang tidak diberikan perkhidmatan tetapi tertakluk kepada kepada undang-undang kecil MPS pula berkeluasan 1,268.28 kilometer persegi. Luas keseluruhan kawasan MPS adalah 1,416.48 kilometer persegi.

MPS pada asalnya adalah sebuah Lembaga Bandaran yang ditubuhkan pada tahun 1912 bagi mendaftar kenderaan dan anjing, mengadakan lampu jalan, menguruskan bekalan air, perkhidmatan Bomba dan pasar awam.  Hanya pada tahun 1925, pengawalan kesihatan awam dijadikan sebagai salah satu fungsinya utamanya. Seterusnya pada tahun 1935, pengawalan jalan-jalan kepunyaan awam dan persendirian, bangunan, memajukan bandar, perancangan bandar serta perkhidmatan dan kemudahan lain pula ditambah kepada senarai fungsi dan tanggungjawabnya.
Previous Post Next Post